BuKaN PeNuLiS uPaHaN

March 28, 2010

SESI MAKAN YANG TERSEDAK.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 11:47 am

datang jer hari ahad mesti rasa bosan,selalunya bosan sebab nak makan apa bila tengahari nanti.untuk ahad kali ini jalan-jalan cari makan dah selamatkan dilema aku.hah,JJCM ada promosikan satu restoran di kawasan bandar sunway jalan PJS8/5 antah betul ka idak nih aku pun tak pasti sebab aku tak hafal sangat nama jalan dia nih.tapi kalau di manakah terletaknya tempat ini aku memang tahu sangat serta jalannya pun memang aku arip sangat.

inilah dia restoran yang aku maksudkan namanya restrees kopitiam.maklumat asal aku dapat dari program jalan jalan cari makan tengahari tadi so bila aku tengok leh tahan juga hidangan dan harga menunya aku pun apa lagi,yepa yepa andre andre lah…menuju ke puncak.kalau kamu berada di kawasan klang nak datang sini senang jer ikut lah federal highway sehinggalah nak sampai ke jambatan sunway tuh belok kanan pastuh buat u turn kat trafic light kemudian masuk kat kawasan pjs8/5 bandar sunway kat area sunway mentari tuh.hah sesapa yang pernah tinggal kat situ mesti tahu.

kalau korang datang dari ipoh atau dari bachok kelantan korang nak ke sini korang col aku dulu aku tolong bawakan,kalau korang datang dari arah kampung baru kl korang pun col aku juga  aku leh tolong bawakan tapi kalau korang datang dari wat d hellll mampus lah korang p sendiri.makan hati jer lah korang gamak susah sangat korang order jer McD mentekedarah kat umah sewa.

hah mak oiii inilah menu restrees,beratnya menu nih diperbuat dari kayu jati ke pew?tapi kan kalau korang atau uoalss gi ke tempat nih kan,suasananya memang dihiasi dengan perabot kayu.hah meja makan dan kerusinya(kerusi panjang)diperbuat dari kayu.dari luar restoran nih nampak besar dengan binaan kayunya.aku tak nak ambil gambar lah segan nanti diaorang dok ngusar-ngushar aku sapa lak mamat nih dok mengambarkan semua orang dalam restoran nih.korang datang sendiri kat situ ambil lah gambar restoran tuh sebagai kenangan.

urm,inilah air di restrees.ais lemon tea dan ais bandung.leh tahan rasanya harganya pun tak lah mahal macam kat rahsia resepi.mokalo p minum kat rahsia resepi atau kat kedai kopi pak buck mau segelas rm12 hengget nih.kat sini harganya segelas hanya RM3.50 murah jer.aku heran ar bebudak yang suka lepak meminum kat rahsia resepi dengan kedai kopi pak buck tuh tak rasa mengarut ke dengan harganya,ala setakat nak nampak mewah dan glamer takyah lah kalau selalu dok makan hati tak guna gaks kanss..?

ok,layanan di sini memuaskan walaupun lambat tapi agak cepat juga dari p makan kat kedai tomyam yang lain-lain.aku order car kotew,jam dah menunjukkan pukul 2.30 malas dah la nak makan nasi lagipun aku jemu lah asyik makan nasi jer lain benda takder ke?korang tak jemu ke?hah,kalau boleh lah kan lau dapat makan makanan eskimo best gak kan?sapalah yang cuba-cuba nak buka restoran eskimo kat sini nanti kan?

inilah hidangan car kotew aku sampai dulu lah,so perut aku lapar aku bedal dulu lah mama mia dengan the gang pandang jer lah.harganya taklah mahal sangat cuma RM8.50 tapi kalau dibandingkan dengan carkotew pak din kat aloq stuck mahal lagi lah kat restrees nih muahahaha…oklah rasanya sedap gak lah sedap lagi dari makan hati.

hah,ini chicken chop kat restrees memang best lembut jer dengan kuah hitam berladanya.dia punya wedges pun best lah coslow dia pun best gak.leh la kalau korang suka mentekedarah chicken chop ini aku cadangkan.tapi kalau korang nak menu hati masak kuah hitam takder kat sini,lau rasa nak makan hati korang cuba kat ipoh mungkin ada kat sana.

hah kalau korang nak tahu di restrees nih menu ubi kayu inilah yang menjadi keistimewaannya selain menu popiah.tapi aku tak sempat nak makan popiah sebab budak otomen buat hal.memang potong betoiii aku dengan budak otomen tuh,tersedak mentekedarah dengan budak nih.sebab tuh lah aku kadang-kadang bengkak jer nak bawa dia kuar makan tempat best-best.dok tak dok satgi kita dok sedap makan tiba-tiba dengar budak menjerit kalau dia tak menjerit orang yang makan kat situ yang menjerit lari sebab dia suka buat tembakan otromen.ok,menu ubi kayu kat sini harganya cuma RM6.50 jer tapi aku rasa macam tak empok jer,anyway leh la setakat nak lepas gian.dulu waktu zaman jepun dulu sapa pun tak layan ubi nih kena layan sebab terpakse jerk.sekarang nih susah-susah p cari ubi kayu nak makan.ajaibnya…

ada dua lagi menu aku tak sempat nak citer sebabnya…

huh betul budak nih,dok tengah sonok makan,mamamia pun tak sempat nak menjamah bubur nasi restrees dek kerana banyak sangat dia buat aksi-aksi otromen so dia pun terjatuh bibir berdarah dengan banyaknya sampai aku pun bebal dan membebel akhirnya segala stim kat restrees hilang dan blah jer dari situ.tapi aku cadangkan lah pada korang restoran nih memang sesuai lah untuk sekeluarga kalau nak datang dengan skandal pun sesuai juga nih amat sesuai.so korang trylah makan kat sini iyer.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: