BuKaN PeNuLiS uPaHaN

March 7, 2010

BERDIRI DAN BUATLAH LAWAK.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 3:29 pm

bukan senang nak buat lawak jenaka mengeletek hati orang ramai,lawak itu akan lahir dari diri seorang yang berbakat dan membuat lawak secara spontan.apa sahaja tutur kata seseorang itu akan menjadi lawak biarpun dia bermuka serius dan kering.muka sardin.

aku tak berapa berkenan dengan raja lawak astro sebenarnya namun untuk final yang baru ditayangkan sebentar tadi ternyata raja lawak astro pada kali ini semakin hilang sengat komedinya.

di antara tiga peserta akhir raja lawak pada aku secara peribadi hanya alex yang mampu melakukan komedi di atas pentas ternyata lawaknya menghiburkan.jikalau tidak dibuat undian secara sms pasti alex yang akan menjuarai raja lawak musim ke 4.

lawak alex rasanya kurang digemari dan difahami oleh orang-orang Malaysia aku rasa,tetapi inilah yang dikatakan lawak berdiri di hadapan penonton dan segala butir kata pengucapan alex berkenaan dengan sesuatu topik dipersembahkannya secara lawak.kisah pemandu teksi pada aku adalah lawak alex yang paling bagus sepanjang dia membuat persembahan di pentas raja lawak begitu juga dengan lawak muzikal yang cukup kena.hakikatnya rezeki tidak menyebelahi alex.aku suka lawak alex.

kumpulan duo dari sabah ini juga iaitu kecik menonjol sepanjang raja lawak musim 4.mereka bagus sukar untuk mendapatkan duo komedi yang sebegini memberi dan menerima sahut menyahut di atas pentas.mereka boleh cari makan dengan suasana sekarang ini namun sejauh manakah masyarakat kita akan menerima gaya lawak mereka ini.

kita kurang pelawak dari malaysia timur khususnya sabah,untuk pertama kali aku rasakan(kecuali abu bakar elah)lawak kecik ini berjaya menambat hati peminat lawak kita dengan gaya bahasa sabah yang dipertuturkan.aku lebih berpuas hati kecik menjadi juara lawak jikalau dibandingkan dengan si mamat kat bawah nih,

budak mangkaq nih sepanjang raja lawak hanya bawa imej abang kasim mungkin dia nak menambat hati astro agar nanti diadakan satu rancangan khas untuk abang kasim.ponnnn,ponnnn!segala yang dibuat tak menjadi nasib dia banyak lebih baik berbanding nasib peserta raja lawak musim lepas iaitu amir i`m sorry.sama kecik sama pengkaq dan mangkaq.berlawak di hadapan penonton dan mengupas isu-isu semasa dengan menyelitkan unsur humor bukan lah mudah.segalanya perlu dilakukan secara spontan kita harus peka supaya isu yang disentuh tidak menjadi sensitiviti orang lain.

jikalau di barat,lawak secara berdiri sudah lama menjadi makanan diaorang malahan lawak ini dah lama aku lihat.lawak sebegini selalunya dilakukan oleh beberapa orang cikgu sekolah aku supaya anak murid mereka tidak bosan mengikuti pembelajaran yang diajar dalam kelas.muka serius namun setiap tutur kata yang dikeluarkan mereka melucukan.sebab itulah aku mengatakan alex berjaya membawa lawak ini dengan sempurna.namun tidak ramai yang menggemarinya.hanya seorang pelawak berdiri yang aku suka sehingga sekarang beliau ialah sabri yunus,walaupun lawak yang dipersembahkannya menggunakan loghat kelantan namun disebabkan penyampiannya itu kena dengan kehendak penonton tidak hairanlah sabri yunus beberapa kali menjadi pelawak popular suatu ketika dahulu.

jikalau rtm berjaya kembalikan suasana bakat lawak atau johan lawak yang pernah dibuat suatu ketika dahulu aku pasti kita akan kembali dimeriahkan dengan pelawak-pelawak yang berkebolehan seperti afdlin shauki.ini kerana saringan bakat lawak yang diadakan oleh rtm amat ketat dan mementingkan kualiti.

apapun tahniah untuk alex walaupun mendapat tempat ketiga namun raja lawak astro sengatnya dah tiada mereka perlu memikirkan sesuatu yang baru jikalau ingin meneruskan program ini terutama dari segi tema raja lawak.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: