BuKaN PeNuLiS uPaHaN

March 4, 2010

JAHANAMLAH SANG PENGKHIANAT CINTA!

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 12:33 pm

Bagaimana perasaan kalian jikalau dikhianati?haruslah terguris sakit hati dan amat marah,sudah tentu.apatah lagi orang yang mengkhianati kita itu telah lama kita kenali dan yang paling menyedihkan si pengkhianat itu adalah kekasih hati kita.oh pedih bak tertusuk sembilu.

khianat yang saya nak ceritakan di sini merupakan khianat di dalam perjuangan.jikalau dilihat semenjak akhir-akhir ini situasi politik kita dilanda kemelut.program melompat dan keluar dari parti perjuangan.meluat dah dengan pemimpin parti,meluat dah dengan agenda-agenda segelintir pemimpin kanan parti dan yang sebenarnya tak reti memperjuangkan apa yang harus diperjuangkan.sepanjang menjadi ahli politik dan YB haram sepatah pun tak pernah diperdebatkan di dewan parlimen.lagi menyedihkan orang-orang di kawasan tak dipedulikan.hangpa mentekedarah ka?anak-anak kawasan nak belajar pi universiti ada bantuan ka?janda-janda kat kawasan dah berhenti jadi GRO dah diberi bantuan atau tarbiyah ka?semuanya YB tak tahu.

tup,tup YB keluar parti.alasan YB dah bosan dengan perjuangan parti bosan dengan agenda anak pinak pemimpin parti serta agenda rakan taulan pemimpin besar parti.YB bosan YB pun keluar parti menjadi orang bebas.bebas ke mana YB?bagaimana dengan kami si pengundi ini?dulu berbuih mulut YB lidah YB sanggup katanya dihidangkan sebagai sup jikalau suatu hari kata-kata tak dibikinkan.

terbaru seorang MP dari Bagan Serai,YB ini pun aku tak kenal sangat pun,al maklumlah PKR punya calon semua calon tangkap muat lebih elok lagi program tangkap muat rizalman kat astro ria.MOHSIN HADAPI SEMBAHYANG HAJAT TUJUH HARI TUJUH MALAM.hah tu dia,jikalau dah menjadi pengkhianat sapa yang tak geram.kenyataan itu dibuat oleh Ahmad Awang chief PAS di Perak.YB mohsin diberi tempoh tujuh hari untuk letak jawatan dari MP kawasan beliau kerana kepercayaan yang diberi oleh parti serta penduduk bagan serai telah dikhianati.biarpun beliau telah keluar dari parti dan belum lagi join UMNO atau PPP serta lain-lain parti pinggan mangkuk hayun kat 1Malaysia ini namun pegangan bebas beliau itu telah mengkhianati perjuangan sebelum ini.

pada saya sendiri para pengkhianat seharusnya di hukum dengan kata maki serta cacian.bukan sahaja untuk parti pembangkang malahan parti kerajaan juga jikalau para YB mereka khianat sebegini haruslah dihukum dan berhenti sahaja dari kerusi YB.nak tunggu apa lagi kan?mereka memperlekehkan undian orang ramai amanah rakyat.

si mohsin ini sebenarnya disokong oleh ahmad awang semasa pemilihan YB dahulu,punya pukul canang satu bagan serai lah kata si mohsin nih bagus.tup,tup sekarang dia bukan sahaja khianat terhadap parti malahan khianat besar terhadap orang kuatnya dahulu iaitu ahmad awang,hah perkara ini lah yang saya ingin tekankan.

mengkhianati terhadap orang yang berbudi pada anda.memang haram jadah,saya sendiri dah 3kali kena.memang rasa bengang dan sakitttttt sangat.haram jadah sungguh orang yang berbuat sedemikian.solat hajat?sewaktu saya dikhianati saya banyak berdoa,berdoa,berdoa agar orang yang khianat terhadap saya itu dibalas dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.saya tidaklah kejam sangat hati saya tidak cukup kejam untuk mendoakan si pengkhianat dilenggek lori,dieksidenkan putus kepala.oh tidak sekejam itu.

saya hanya berdoa untuk si pengkhianat agar hidupnya tidak akan sempurna,makan tak lalu mandi basah tapi sentiasa kering rezeki.saya selalu berdoa pada si pengkhianat saya agar hidupnya nanti keseorangan tiada suami tiada anak tiada sapa-sapa hanya menghabiskan hari tua di rumah orang tua-tua dan sayalah yang akan melawatnya nanti.

di ketika saya melawatnya pada hari tuanya nanti itu saya akan bertanya,

“ona,oni,uni..amacam siokk takk tinggal kat sini mana anak-anak ko mana laki-laki ko?”hehe..padan muka.

 

GD-belajarlah menjadi seorang yang setia,dari setia ia akan menunaikan janji.belajarlah menjadi seorang yang tahu mengenang budi kerana budi akan membawa kita ke mati. 

2 Comments »

  1. benda ni bukan berlaku pada PKR saje, BN pun sama. rumit sangat la nak pikir kalu bab politik ni..

    Comment by Park Air — March 5, 2010 @ 7:28 am | Reply

  2. diaorang khianati amanah rakyat,iyer semua parti sama.nanti akhirnya bila org dah benci meluat peratusan keluar mengundi turun lah merugikan bangsa sendiri.politik perut semua.

    Comment by awangsulungmerahmenyala — March 5, 2010 @ 3:06 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: