BuKaN PeNuLiS uPaHaN

February 21, 2010

JOM MAKAN DI MONRODS KITCHEN.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 11:15 am

Ahad,hari minggu yang membosankan hari minggu yang suram kalau anda tak tahu ke mana nak dituju?

aku?arghhh…memang hari ahad hari yang selalu mendatangkan kebosanan.tambah-tambah dalam soal makan nih,lagilah bosan kalau nak cari restoran yang bagus untuk bersama keluarga mahupun girlfriends…fuh..hee…

selama aku tinggal di klang nih,soal nak bersantai makan dengan famili pada hari minggu usah cakaplah,memang susah betul nak cari.kalau yang ada pun banyak restoran mamak.kalau nasi kandaq yang asli macam kat alor setar dengan penang tuh takpa lah juga ini nasi kandaq serupa nasi tawaq!hanyaq!berlakon jer lebih,penang marii,mamak yang punya kununnya.sebenaqqqnya?hah!mohhong!!turr betoi…

aku dah pernah kena sekali makan kat satu restoran dah la rasa macam kayu hanya lidah kayu jer cakap sedap,pelayan dia pun mamak kayu(mamak penang kunun)harga dia punyalah kayu turr dok ada!sekarang nih dah lingkup kat bukit tinggi klang nuh,sana nasi kandaq sini nasi kandaq last sekali semua mamak tersandaq bankrap!

majalah nih bagus untuk sesiapa yang suka mentekedarah macam syahril,heh…

dalam majalah saji nih aku tahu berkenaan dengan restoran monrods,jadi aku pun hari ini telah mencuba sajian di sana

macam mana iya?

restoran monrods ini terletak di kawasan perniagaan baru di sek 13 shah alam,pusat perniagaan laman seri iaitu bersebelahan dengan MSU universiti kalau tak silap aku dahulunya dikenali sebagai PTPL.

santai dan moden,memang lah pertama kali kalau kalian masuk dalam restoran monrods tak terasa macam pemilik restoran nih orang melayu.aku pun ingat restoran francais dari negara mana rupanya ia dimiliki oleh anak melayu kita sendiri,bangga lagi bila mamat nih orang kedah beb….perghhhhh…

kalau dari klang nak ke restoran nih ambil masa dalam 15 minit jer kalau jalan tak jem lah tapi kalau ikut federal highway keluar melalui plaza tol sungai rasau memang takdak masalah.lokasinya di dalam pusat perniagaan laman seri pusat perniagaan baru di sek 13 shah alam.kawasan strategik sebab ada kolej MSU kat sini apatah lagi penduduk di sini golongan menengah atas dan golongan atas yang masih sadar diri antara tak sadar diri muahahaha….

pemilik restoran Roslan Zainol Abidin 45 tahun baru buka kedai dia nih pada 8 Februari yang lalu.wow,memang baru sangat nih.sebelum nih restoran monrods nih dah ada di cawangan penang kalau di sini monrods dibuka di kelana jaya dan bandar tun hussien selain di shah alam ini sendiri.mudah jer nak cari lokasi monrods nih,cari pasar raya giant cari MSU kolej atau cari stadium shah alam.kalian boleh nampak dari tepi jalan restoran monrods ini.

apa yang istimewa di Monrods kalau bukan resepi nasi ayam berempahnya dan nasi ayam panggang serta madu juga terdapat nasi ayam hainan.harganya tak semahal harga di kedai nasi ayam selebriti harga di sini biasa-biasa jer.untuk sepinggan nasi ayam berharga RM6.90 tanpa cukai lah…tapi pada aku berbaloi lah dengan masakan serta resepi di monrods nih kalau nak dibandingkan dengan nasi ayam di restoran selebriti.

ini nasi ayam panggang dan nasi ayam bermadu,sempoi.boleh layan.air asam dia best sambal dia best.

di monrods kitchen nih ada kelainan yang begitu ketara jikalau nak dibandingkan dengan lain-lain rsetoran yang banyak berkonsepkan kopitiam nih.tak kira lah walau apapun konsep pada masa sekarang nih kalau kalian masuk jer ke restoran yang lain tuh pasti akan berdepan dengan pelayan restoran warga asing.muka-muka nepal lah mat banglah lah paling busuk pun dari Indon,kalau di restoran mamak semuanya dari India kan?

di Monrods minta mahaplah nak cari mat bangla mat nepal atau sarjo kalau ada pun aku rasa sorang tuh jer lah pelayan pompuan Indon.

dan kelainan yang akan menjadi sebutan di monrods ialah chef serta pembantu tukang masak nya terdiri dari budak-budak Uitm,wow amazing amazing,hehe..apatah lagi roslan menggajikan para pekerjanya itu di kalangan lepasan siswazah yang berkelulusan ijazah sajian masakan.bukan calang-calang orang dapur di monrods nih patutlah chicken chop di sini enak,tak caya mai cuba tak macam tempat lain keras kedekiang…

makanan barat,chicken chop bersos lada hitam hehe…sedap beb lembut jer tak macam yang segera.sos black paper dia pun sedap.padan dengan harga lah nih aku order dua set RM25.80sen.

menu-menu di monrods,

  

satu lagi snek yang aku suka di monrods kalian mesti cuba,sedap nih club sandwich

hanya RM8.90sen sahaja sedap makan club sandwich nih dengan geng-geng sambil santai pun dah kenyang serta menyelerakan.oh kat sini juga ada live band hah,roslan empunya restoran cakap dia akan berusaha pelanggan yang dah biasa di sini nanti jadikan rumah keduam diaorang.boleh lan,leh…lu kasi diskaun lah kat kita hahaha…

ini menu dan harga minuman di monrods,aku suka air sirap bandung.lain lain yang istimewa monrods ice blended,tutty fruity blended dab blue curaco.

sirap bandung dengan cincau.

aku rasa kalau gigih dengan tag kelainan akan jadi sebutan monrods ini boleh pergi jauh sebab roslan dan rakan kongsinya telah menuju ke arah ingin menjadikan monrods kitchen sebagai suatu perniagaan francais.

ini dia roslan zanol abidin 45tahun pemilik monrods kitchen.orang kulim.

rupanya si roslan nih seorang kontraktor bidang F&B nih baru sangat lagi pada dia nih.macama mana boleh handle ka?

“aku akan buat francais monrods kitchen nih,itulah yang aku sebut tuh kelainan jadi sebutan.tukang masak atau chef serta pelayan atau outlet manager semuanya anak tempatan.aku taknak gajikan orang luar.rakyat tempatan didahulukan pencapaian keutamaan.hah….”

memang kelas lah mamat nih anak dah lima umur baru 45tahun nampak masih muda wawasan tinggi.apa yang aku banggakan nih roslan pentingkan kualiti dan rakyat tempatan menjadi pilihan restorannya.

bila aku tanya bagaimana dengan kos yang tinggi macam mana nak cover lantas lan jawab ia ada formula tersendiri.apapun aku sokong sangat dengan semangat roslan nih.anak melayu yang gigih dalam dua bidang.jangan lah nak dengki dengan mamat nih pula iyer…so jadikan panduan dari monrods kitchen.

di menu tetap ada tag kelainan jadi sebutan.

 

 

jom geng kita lepak-lepak di Mondrods…

1 Comment »

  1. Mlm td tgk fredo,buat show d monrods Kulim, besttt.

    Comment by tenqqueraz — November 13, 2011 @ 6:57 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: