BuKaN PeNuLiS uPaHaN

February 16, 2010

KU PINANG PINANG TAK DAPAT….

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 8:03 am

cuba anda lihat dan tonton klip video di atas.ini merupakan kebiasaan yang berlaku di U.S.meminang di tempat awam terutama ketika sesuatu perlawanan basket ball,besbol,american football,hoki ais dan gusti berlangsung si lelaki akan mengambil kesempatan ini tanpa pengetahuan si gadis.

pelik kan?memang pelik,seorang teman saya yang lama menetap di Chicago ada menceritakan lelaki yang membuat cara sebegitu sebenarnya mereka adalah di kalangan lelaki yang terdesak dan dahagakan kasih sayang terhadap seorang wanita.apa tidaknya,jikalau di antara beberapa peminangan yang sebegitu gaya kawan saya menyatakan 5  di antaranya hanya 1 yang berjaya.

wanita yang selalu diperlakukan cara demikian sebenarnya baru saja dikenali oleh si lelaki.pengenalan yang berlaku dalam tempoh beberapa hari dan beberapa bulan,ada juga di antara mereka hanyalah sebagai rakan karib.si lelaki ini yang selalu terlebih perasan.di akhir episod terjadilah suatu kemaluan.hah,sapa yang kena.diri sendiri juga yang kena.

seperti contoh di atas,apa lah agaknya yang dikatakan kepada wanita tersebut terhadap si lelaki yang meminangnya di perlawanan basketball  itu iyer,

mungkin si gadis berdialog begini,

“hei dol,u nih kan bikin malu jer tau.kita baru keluar 3,4 kali main pun baru sekali dalam kete i u dah propose i kat game nih.kecoh la lu nih.bagilah i suka giler-giler dulu kat lu barulah masuk meminang.kalau nak meminang pun janganlah kat sini.old style lah lu bro.buatlah macam adat orang melayu pulak hah siap ada pantun merisik baru kelassss…wa blah dulu lah,eiii”

hah ambik padan ko hah nak tunjuk terer lah kunun.tengok tuh dol mana dah orang pakai pesen nih kat U.S zaman dah berubah dunia semakin maju.tapi i rasakan lah si mamat maskot tuh mesti lega sebab pas nih dia leh masuk jarum ayat minah tuh plak muahahahaha…. 

keratan dari kosmo online berkenaan dengan peminangan lelaki yang ditolak di stadium hoki ais,

NEW YORK – Seorang peminat lelaki sukan hoki ais untuk pasukan New York Rangers melamar kekasihnya yang juga mempunyai minat sama dengannya di Stadium Madison Square Gardens di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apa yang mengejutkan ialah lamaran lelaki itu ditolak oleh kekasihnya yang menggelengkan kepala dan terus beredar dari stadium berkenaan.

Lamaran lelaki yang ditolak oleh kekasihnya itu disiarkan secara langsung di skrin gergasi stadium tersebut semasa perlawanan pasukan kesayangan mereka sedang berlawan dengan Tampa Bay Lightning.

Semasa pertengahan separuh masa kedua perlawanan itu berlangsung, peminat lelaki itu yang dikenali sebagai Nick menunjukkan ke arah skrin gergasi dan berkata: “Melissa, sudikah anda menjadi tunang pasukan berbaju biru?”

Kekasihnya itu menutup mulut dengan menggunakan satu tangannya tetapi selepas berfikir mengenai tawaran pertunangan tersebut selama beberapa saat, dia berasa tidak teruja sebaliknya beredar meninggalkan kekasihnya.

kasih menjadi kasihan macam kata-kata pak hamka.

dol dol samdol,lu orang kaum jantan pleaseeeeee jangan bikin malu macam nih,kalau nak masuk meminang tanya dulu kat minah tuh dia suka giler-giler kat lu atau just syok-syok.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: