BuKaN PeNuLiS uPaHaN

February 8, 2010

AWAK-AWAK,PISANG AWAK DAN SAYA SAYANG AWAK.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 3:28 pm

mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah rendah yang paling saya gemari selain matematik(kencing jer selalu gagal)ialah ilmu alam.pada zaman saya bersekolah rendah masih dipanggil dengan nama ilmu alam kemudian baru ditukarkan kepada geografi.saya suka dengan alam saya suka dengan bumi dan saya suka dengan cikgu geografi saya yang suka bercerita pengalaman-pengalamannya yang suka berkunjung ke luar negara walaupun yang nyatanya guru saya itu hanya kencing haring murid-muridnya.

kami paham terutama saya kerana kalau guru ilmu alam saya tidak berbuat begitu alamat kelas geografinya sudah tentu menjadi hambar dan murid-muridnya akan lingkup dalam mata pelajaran geografi.fakta yang paling saya gemari berkenaan dengan ilmu alam atau geografi guru ialah berkenaan dengan kegiatan penangkapan ikan di pantai barat dan pantai timur semenanjung.apabila guru ilmu alam saya menyentuh berkenaan dengan kesuasahan nelayan pada ketika itu yang sering tidak dapat ke laut akibat ribut nama awak awak pasti tidak terlepas dari mulut guru saya itu.

`awak awak merupakan jentera yang penting bagi sesebuah perahu sederhana besar yang berkelas B dan A,`pada ketika itu saya tidak tahu apa kelas A kelas B yang digunakan untuk perahu-perahu nelayan.setelah saya menjadi lanun daratan barulah saya mengerti bahawa kelas A dan kelas B merupakan lesen permit untuk setiap perahu atau bot selain terdapat juga kelas C.

`kamu semua jikalau nak menjadi nelayan kamu perlu ada awak awak,awak awak penting untuk menangkap ikan sesungguhnya awak awak adalah nadi kepada sesebuah bot nelayan di samping nakhoda atau kapten kapal mahupun bot.tanpa awak awak kamu takkan mendapat makan ikan`

Fishermen by Young _Lust. //  ini awak awak norway,mungkin.

senang sungguh guru ilmu alam saya mengajar dan bagi saya faham,seluruh kelas memang faham berkenaan dengan awak awak.tetapi setelah saya bertanya kepada ikhwal anak kepada cikgu saad yang mengajar subjek ilmu alam kami tuh ia lebih memahami mengapa awak awak penting.ini kerana tok wan ikhwal iaitu bapa kepada cikgu saad merupakan awak awak,kah…patutlah cikgu saad asyik menekankan berkenaan dengan deskripisi tugas awak awak malahan sewaktu menunggu keputusan srp dan spm malahan waktu belum mendapat menjadi guru ilmu alam kami dia juga lama menjadi awak awak di Tanjung Dawai.itu tentang awak awak dan saya memang menghormati awak awak sehingga ke sekarang.

Bananas IMG_1318 by tk_yeoh. //  

gambar di atas ialah gambar pisang awak yang masih muda.kalau digoreng memang sedap,jikalau kena dengan gaulan tepungnya pisang awak ini sangat menyelerakan dimakan bersama secawan kopi O pekat.bekas tuan saya yang dahulunya pernah menjadi pengarah di pejabat saya merupakan penjual goreng pisang awak dan minuman air kelapa muda.saya pernah menegur dengan mengatakan mukanya amat saya kenali sewaktu saya bertugas di sebuah pulau yang tidak bersultan tetapi bergabenor.masakan saya dapat mengecam wajah kampungnya itu biarpun semenjak dia bekerja dan mentap di Lembah Klang ini pertuturan kuala nerangnya itu telah bertukar menjadi pelat kayy yell.

`saya macam perasan muka tuan,dulu kat ….tuan ada jual pisang goreng ka?`

`iskh kau silap orang kot,aku dulu habis dari U.S aku terus buat master jer,kau silap tuh.mengarut lah kau nih ran`

MONOLONG,silap orang tuihhh apa hang ingat kepala otak aku dah sewel ka,kalau muka hang macam brad pitt mungkin juga aku silap orang ini muka macam kampung mana mai tak mengaku lagi.padahal aku sendiri dok mentekedarah ayaq nyog dengan pisang goreng hang,boleh buat lupa hang.kepala butoh lah.

`iya ,oh iya mungkin saya salah kot iyalah kita muka di dunia nih ada tujuh persamaan kan,macam saya nih kawan-kawan cakap macam leonardo dicaprio(tang nih saya saja sedikit memperlahankan suara)`

`ape?`

`takder pe`lantas saya terus berlalu meninggalkan mantan penjual pisang goreng awak itu.

AWAK merupakan kata ganti nama diri kedua,kata ganti nama kedua ini kita gunakan ketika kita berbual dengan seseorang.contohnya seperti AWAK,awak kata ganti diri tunggal yang digunakan dengan seseorang yang rapat dengan kita.contoh terbaik kita gunakan untuk kekasih kita.tak kiralah kekasih kita itu perempuan,pondan,penkid mahupun jantan.asalkan orang itu amat rapat dengan kita dan akrab AWAK ialah ayat tunggal kata ganti diri yang selalu digunakan.

AWAK,SAYA SAYANG AWAK.

AWAK,BILA KITA NAK PERGI TENGOK WAYANG(menonton,melihat dan sebagainya)

AWAKKK,JANGAN LAH BUAT CAM NIH TAK BAIK WAKK TAU,JAHAT SANGAT WAKK NIH RABE-RABE.(ini bukan penggunaan ayat yang betul ia sengaja dipadankan dengan faktor manja dengan perhubungan awak)

AWAK(dengan nada yang lembut dan gemalai)NANTI SAYA BAGI KAT WAK SEDOZEN BIG APPLE IYER,WAKK DAH TOLONG SAYA,SAYA SAYANGGG WAKKK.

dan gambar di bawah ini adalah awak untuk sesiapa sahaja,

kalian boleh menafsirkan dengan cara kalian bagaimana burung itu menggunakan kata ganti diri.

mungkin,AWAKKKKKKK.itu sahaja yang dapat disebut akibat terkedu kerana pasangannya telah menemui ajal,mati dan meninggal dunia.

mungkin,AWAKKKK PENGSAN LAGI AWAK NIH TAK RETI-RETI NAK TERBANG KE WAKK NIH PUAS DAH SAYA AJAR,ALIH ALIH PENGSAN PULA.

mungkin,AWAKKK LAU AWAKK MATI MACAM MANA DENGAN PERUT SAYA NIH HAH,AWAKK JANGAN MATI LAGI MACAM MANA DENGAN BUDAK DALAM PERUT SAYA NIH,AWAKKKKKK!!

apa pun kemungkinannya awak,awak ,saya sayang awak.tapi awak amat melukakan hati saya,awak benar-benar mengecewakan saya.setelah saya tatang awak bagaikan minyak yang penuh saya sanjung awak,awak senang-senang menipu saya.kenapa awak buat begini pada saya?di mana perasaan awak,apa yang awak mahukan lagi?siang malam saya asyik teringatkan awak tapi selama ini awak hanya berdusta dengan saya.awak sampai hati sungguh menodai segala rasa sayang yang telah saya curahkan untuk awak.bahagiakah awak berbuat begini kepada saya?awak seharusnya belajar dari pasangan burung ini.awakkkkk…….!!arghhhh gegar gegar.

GAMBAR BURUNG DICILOK DARI syahrilkadir.wordpress

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: