BuKaN PeNuLiS uPaHaN

February 6, 2010

INTAN DALAM KAMUS ASMARA.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 6:06 pm

lama dah kenangan nih,aku hanya panggil dia intan sebab nama panjang dia susah sangat nak sebut macam nama arab.intan yang aku kenal memang kecil lagi sangat waktu tuh,umur dia baru tujuh tahun tapi mulut becok fasih dan petah.aku pula waktu tuh tingkatan enam atas form six pra-u lah katakan.kaki dah selangkah sebelah masuk universiti kahkahkah.

rumah aku dengan rumah budak intan nih taklah jauh sangat kalau aku nak pe seberang ke sekolah aku tuh aku mesti lalu dulu kat rumah intan.macam mana aku boleh sangkut dengan si budak intan nih pada mulanya aku suka dok usharr kakak intan.nama kakak intan suhaila aku ingat sangat si suhaila nih waktu tuh si suhaila nih aku rasa dalam enam belas tahun lah form 4 macam tuh.putih gebu merah merah muka dia.aku bukannya kacak sangat tapi tiap kali aku lalu depan rumah dia aku mesti bertembung dengan su.bila nampak saja su aku mesti nak senyum walau macam mana pun sekali.walaupun su tak pernah nak senyum kat aku aku balun senyum juga supaya senyuman aku tuh mana tahu kan boleh mencairkan hati su.

lama selepas tuh bapa aku hadiahkan aku motosikal cc 135 time tuh motor yamaha Rx-z orang pandang terutama aweks mesti cair lah.tapi aku waktu sekolah dulu nih bodoh alang sikit atau erti kata lain naif lah.aku ingatkan senyuman aku yang hari-hari aku lemparkan kat su tuh telah menghasilkan suatu keajaiban.suatu hari tuh aku preng preng dengan motor Z aku yang baru tuh yang warna hijau metalik tuh.untuk kesekian kalinya aku lihat su telah melemparkan senyuman yang amatttt manis seluruh hidupku bagaikan dilanda keguguran bunga carnation pada musim bunga di Beijing.aku dok kata dah dalam hati aku usaha mengkuntumkan senyuman untuk su ini memang menjadi.bagga sangat aku.

hari demi hari,bukan lagi senyuman yang aku dapat su telah menegur aku.apatah lagi time aku lalu melintasi rumah su yang macam umah omputih tuh aku saja bawa gear 2.main-main clutch.maklumlah waktuh tuh minyak petrol seingat aku seliter baru RM1.2osen kalau tak salah aku lah.sementelahan lagi bapa aku berani nak bagi motor Z kat aku sebab dia taknak satu-satunya anak dia yang ramai tuh malahan yang berpotensi macam aku nih lingkup so…Z telah berjaya menjadi milik aku.

tapi tiap kali su nak bersiap pakai kasut p sekolah mesti ada intan adik dia.hampeh,gigi rongak intan dengan rambut tocang intan dok asyik tersengih kat aku.siap bye bye lagi tapi intan nih walaupun kecik aku tengok bila besar lagi berpotensi nak jadi jelita melebihi su kulit budak intan nih pun gebu juga.cuma gigi rongak jer.ada satu petang tuh aku telah berjaya bawa su membonceng motor  Z aku kami lepak atas rel keretapi.kat kawasan umah aku nih dekat dengan rel keretapi memang terkenal dengan rel keretapi laluan dari kl ke padang besar.memang rasa romantik abis time tuh.su ada tanya aku best tak study form six apa rasanya apa cita-cita nak masuk U mana nanti.aku cakap lepas abis form six masuk oxford balik keje jadi PA anwar ibrahim(time tuh semua orang suka dengan mamat jubur nih)aku mesti balik meminag hang su.tapi semuanya aku jawab dalam hati jawab kat mulut uh ah uh ah hahaha aku tak reti nak bercakap waktu tuh memang skema abis lah.cuma berani-berani besi berani jer.su pun ada cakap salah satu faktor dia suka kat aku sebab aku nih nampak muka tak nakal,nerd je kata dia di samping aku nampak kacak naik Z walaupun hakikatnya fahmi sebelah rumah dia menjadi idaman menantu mak bapa su nih.

sebenarnya aku dengan mak bapa su pun takder masalah depa memang baik juga dengan aku walaupun depa pandang kenyit-kenyit mata dengan famili aku al maklumlah bapak aku dengan abang-abang aku nih seniman kat taman tuh.cuma aku sorang yang menjadi penyair so disebabkan aku nih muka berpotensi nak jadi pop star bapak su ada juga bagi aku jumpa su selalu kadangkala si intan rongak tuh jadi peneman.tapi ada satu hari yang telah meremuk redamkan hati aku bilamana bapak dia….`kay own pakcik nak bagitau kat hang nih apa nama su nih pakcik nak hantar dia p sekolah dengan paksu dia kat selangor tuh nanti intan dah takdak kawan pakcik nak minta tolong hang kawan-kawan lah dengan intan`

punyalah baghal si bapak suintan nih,mahu jer aku buat ketuk ketampi depan-depan tuh juga sambil nyanyi lagu jeritan batinku,kenapalah dia nak pisahkan cinta suci dua insan yang sedang lara bercintan nih tak tahu kah dia bahawa su itu adalah cahaya hidupku yang menyinari seluruh kegelapan aku dan kelam malam aku yang sunyi sepi itu disebabkan suhaila manaf.ceh,kat mulut aku hanya boleh jawab baik pakcik baik pakcik saya boleh tengok intan takdak hal.

semenjak su takdak lagi kat taman aku tuh memang aku macam kambing makan sandwich bawa Z pun macam bawa beskal BMX,asyik-asyik dok teringat muka su suara su.apa yang aku ingat lagi saat-saat akhir su suarakan `kalau jodoh kita kuat kita boleh jumpa kembali abg`mengenggam perasaan betul.sebabnya suhaila waktu cuti pun takkan balik lagi kat taman rumah aku tuh sebabnya apa aku pun tak pasti.

`kayown hang boleh tolong bawa hantar intan p sekolah dak,pasai apa hang pun sehala dengan intan boleh kan noo?`

hah boleh sangat lah.iskh..intan pun intan lah.tapi si intan nin sekurang-kurangnya bagi juga penawar kat aku.kadang-kadang bila aku sangap kat su aku tengok intan, tawa intan dan rengek si intan tuh saling tak tumpah macam su.

`abang rindu kat kak su ka,abang suka kat kak su ka,abang sayang kak su ka?`

tiap kali aku bawa intan pi sekolah inilah soalan yang selalu dia dok ulang,naik cemuih aku sampai satu hari tuh aku jawab kat intan.`dak aihhh abang sebenarnya syok kat intan,intan nih comey kalau dah besaq mesti jelita macam rozita che wan dengan adik-adik dia tuh`

`abang cuka ka toi ka?`perghh…intan.

tapi lama-kelamaan aku dengan intan dah ada keserasian.intan budak pintar dan bijak serta petah bercakap.senyuman intan banyak mengajar aku tentang kejujuran yang sebenar,sampai aku habis form six aku bawa si intan nih,khabar su aku langsung tak dengar.bila tanya kat pak manap dia cuma jawab su ok su ok.sejauh mana yang ok aku tak tahu.

`abg kay own,nanti abang dah kerja kat penang sapa yang nak hantar intan dah?`

sentap gegaq semua ada dalam hati,kalau setakat intan cakap tanya macam tuh aku tak peduli aku nampak budak intan nih siap menangis.

`kan pak dok ada,takpa pak nanti hantar intan la`

`tapi abang lagi best kalau abang hantar intan ada kawan,syok naik Z`

intan dan aku,sesungguhnya aku pun dah sayang kat intan,tapi takkan aku nak kebulog duit pak manap kalau setakat nak dapat RM30 sebulan dok hantar intan mana nak cukup.Z aku sapa yang nak tanggung.lain lah kalau pak manap cakap hah nih kay own hang p lah hantar intan sampai dia besar Z hang aku setel,perghhh,lagu tuh takpa lah.

Intan Z,memang melebihi dari suhaila,antara aku dengan intan banyak lagi kenangan indah dengan intan.aku tak sangka budak intan boleh cakap…

`takpa abang intan pun boleh sayang kat abang juga kalau kak su dah tak ingat kat abang intan lagi boleh suka dan sayang abang.abang baik nanti bila intan dah habis belajar abang boleh cari intan,intan pun boleh cari abang.`

aku tak sangka pak manap boleh ranap patutlah su dia bawa bagi kat adik dia.bisnes dia lingkup habis.aku tak sangka time tuh dah ada along.bisnes pokok bonsai dia boleh lingkup lagu-lagu tuh saja.katanya dia kena pedajai.mana p intan.depa pindah tak bagitau.

`mak pun tak dengar dah pasai depa`itu ayat last yang aku tahu waktu tuh dah tiga tahun aku kerja dengan gomen.

baru-baru nih,

‘abang,abang ka  nih?`

`hah la tau mana saya abang,nama saya memang abang asmaradana hahahah`

`intan nih,dah tak cam ka ka?`

`intan,intan mana pula,intanku kesepian ka?`

`takpa abang intan pun boleh sayang kat abang juga kalau kak su dah tak ingat kat abang intan lagi boleh suka dan sayang abang.abang baik nanti bila intan dah habis belajar abang boleh cari intan,intan pun boleh cari abang.`

hah,bila perempuan depan aku nih ulang ayat nih,hah,apa intannnn,arghhhhhh!!!

awat lah baru la nih hang mai,awat lah pak map hang p hutang along.awat tak bagitau betoi-betoi hang hutang along tak payah dok bawa pelari intan,dah la dulu hang bok pelari suhaila.aduhaiiiiiiiii dunia aduhaiiiii cinta.awat lah hang nak buat bisnes pokok bonsai lepas tuh kena kencing plak pak map oiiii….

dan intan yang berdiri di depan aku kenapa lah hang jelita macam aku dok sangka dah gigi pun macam iklan darlie colgate.dan intan kenapa waktu aku dah berbini beranak tiga hang baru mai.mampus kak hang nak kongsi hari raya.oh intan dalam kamus asmara.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: