BuKaN PeNuLiS uPaHaN

February 4, 2010

MADAM SU,SATU TEKANAN IRAMA.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 5:51 pm

`matilah i macam nih,haiya banyak mau kena bayar,tapi saya belum ada wang`

`i tak boleh tolong you kalau you pun takdak wang madam su,ini semua you perlu bayar`

`iyalah,i tahu sekarang wang belum ada but i tahu mesti kena bayar`

`i tengok you macam blur jer nih,i dah jelaskan semua pada you kan,so why dengan you?`

`i nih psikiatri patient la,you know semua yang i buat i tercicir benda i lupa so i perlu note semua nih,tapi i masih boleh lupa`

`oh u…

saya hanya terhenti di situ.rupa-rupanya madam su(saya hanya menggelarkannya sebagai madam su)`public`yang beberapa kali berurusan berkenaan masalah saman mahkamah dengan saya mengalami tekanan jiwa yang telah lama dialaminya.sejak tahun 1986 sewaktu madam su mula-mula berkahwin.

`what to do,mahu tak mahu i perlu kahwin,kalau tidak i takkan berkahwin i yang pilih i harus laluinya,bila sudah bersama dia sehingga sekarang begini jadinya`

`you stress sangat ka madam,apa yang you fikirkan sangat tentang hubby you tuh,bila datang stress you ada sampai nak bunuh diri ke?`

`oh,i tidak sampai nak bunuh diri.i sembahyang bila i stress sangat,nah ini you tengok ubat-ubat nih`

saya terkedu melihat ubnat stress yang ditunjukkan oleh madam su,banyaknya.semuanya diambil di hospital besar.sehari sehingga tiga biji diambil iaitu tahap atau dose maksimum yang dibenarkan jikalau sebelum itu ia hanya mengambil dua biji sekarang bertambah lagi sebiji.

`apa rasa madam bila makan ubat stress tuh,macam mana boleh berfikir ka?`

`fikir boleh fikir tapi saya tetap lupa juga,sebab itu you macam rasa pelik dengan i kan,i minta you semak dan fotokopi semua salinan yang i beri kemudian tanya-tanya you lagi sampai you rasa pelik`

`maksudnya sudah lama lah you berulang ke klinik pakar psikiatri di GH iya madam,ramai ka yang macam you madam?`

`you tahu sekarang makin teruk ramai yang stress macam i,dari tua sehingga yang budak`

`melayu,cina dan india mana yang banyak?`

`semua lebih kurang sama banyak semua ada masalah,penyakit ini jikalau tidak dirawat dan dikawal…

`kalau tak dikawal dan kita enggan nak berjumpa pakar akhirnya kita akan jadi mental kan?`

`iya,tapi masih ramai yang tak faham termasuk suami i,doktor dah beritahu supaya suami i pun turut serta dalam program ini,tapi macam mana i nak cakap kat dia`

`i faham keadaan you,penyakit psikiatri nih bukan lagi tahap mental atau gila namun jikalau kita enggan untuk berjumpa pakar dan menangani susah itu akan menimpa kita`

saya terus melayan dan bertanya serba serbi segala latar belakang madam su,inilah jumlah yang perlu dibayar dan harga yang perlu kita ambil jikalau kita sayangkan tugas dan berminat dengan kerjaya kita.saya bukanlah pakar namun saya suka berkongsi mendengar masalah orang.mungkin latarbelakang kehidupan saya serta campur gaul saya berserta dengan pengalaman saya berhadapan dengan `public`membuatkan saya terus berminat untuk mendengar rintihan madam su.wanita cina yang berumur 50 tahun mempunyai lima orang anak semuanya perempuan dan paling kecil berumur 10 tahun yang mana ketika anak yang kecil itu dilahirkan madam su berumur 40 tahun.

`semua ini saya lakukan untuk anak-anak,saya fikir tentang anak-anak saya sayang mereka.sekarang mereka semua boleh berdikari.tapi apabila stress saya sampai saya ada juga jerit-jerit anak saya yang kecil.tapi nasib baiklah dia memahami keadaan saya.`

oleh sebab itu juga saya melayan madam su dengan sabar dan cuba untuk menenang kekusutannya sewaktu kami berbual.segala kertas-kertas serta dokumennya bertaburan tidak dapat disusun dengan baik.dia dalam keadaan stress sewaktu bertemu saya.namun sedikit irama yang saya berikan saya lihat semakin lama perbualan kami madam su semakin tenang dan senang berbual dengan saya.

`kenapa you sampai stress teruk sangat?`

`iyalah i fikir soal hubby,anak,bisnes,wang dan banyak lagi sebab itu lah mungkin`

`kenapa dengan hubby you?`

`man you know,lelaki.i dah tua dia ada dua isteri tak cukup dengan dua isteri ada lagi girlfriend tak cukup dengan satu girlfriend ada lagi ramai girlfriend`

`rumah serupa macam hotel,bila i masak dia tak suka i masak hanya dua tiga jenis lauk saja.i kena masak sampai lima enam jenis lauk.supaya dia boleh pilih mana yang dia suka dan tak suka.balik rumah hanya mandi salin pakaian.kadang-kadang bila dia suka dia makan tetapi selalunya susahlah dia nak makan sama-sama`

`cina boleh kahwin dua ka?`

`no 2 itu kira haram lah,simpanan.ada seorang anak tetapi sekarang dengan no 2 pun sudah tak dihiraukan.dia selalu bergaduh soal wang.bila dia tak hiraukan no 2 dia cari girlfriend pula`

`urmm…semua lelaki begitu madam,bukan laki cina sahaja.semua lelaki sama mana-mana bangsa pun`

`eh tapi you lagi teruk kan boleh benarkan sampai empat?`

`betul,tapi secara halal ada syarat-syaratnya,bukan senang-senang nak kahwin empat itupun kalau banyak wang dan mampu,sebab kita muslim dilarang dan haram macam madam beritahu tadi.simpan secara haram`

`how about you,you ada berapa ramai isteri?`

`sorang saja,masa depan saya tak tahu lah.kalau girlfriend-girlfriend i sanggup jaga i.i on saja`

`haiya you pun sama juga ka?`

`iya saya sudah cakap kan tadi laki semua sama saja bezanya layanan saja madam,i simpati dengan you tapi you tabah baguslah macam tuh`

`iyalah perempuan juga ada yang berfoya-foya,iyalah dunia,dunia ini amat menyakitkan`

banyak yang saya perbualkan bersama madam su.keseluruhannya hanya berkenaan tekanan jiwa yang beliau alami.apa yang saya boleh nilaikan madam su masih dapat bertahan dengan tidak mengambil jalan singkat iaitu dengan meragut nyawanya sendiri.fikir tentang anak-anaknya dan kehidupan perlu diteruskan.itu adalah habuan hidupnya.

bagaimana dengan habuan hidup anda?jangan dibiarkan jiwa anda bergelora.saya sentiasa ada di sisi anda untuk mendengar rintihan anda.jiwa ini perlu diwarnakan,warnakanlah ia dengan warna pelangi.

365 Stress by Miss Minie. //  

TAHUKAH ANDA?wanita merupakan golongan pesakit mental yang ramai iaitu sebanyak  12.1 peratus berbanding dengan lelaki yang seramai 10.4 peratus.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: