BuKaN PeNuLiS uPaHaN

February 2, 2010

KENAPA ANDA BOLEH ADA PERASAAN?

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 4:31 pm

rakan cilik saya telah bertanya tentang satu persoalan,mengapa anda boleh ada perasaan?

azri menunjukkan soalan yang telah diberi sebagai tugasan kerja sekolahnya,soalan bahasa melayu kah yang ditanya ini?aik..ini soalan ilmu kesihatan.

wah,berbeza dengan apa yang saya pelajari dahulu.ilmu kesihatan yang dipelajari oleh murid-murid sekarang menyentuh berkenaan kesihatan dalaman juga.jikalau dahulu apa yang diajar kepada saya hanya berkenaan bangun pagi gosok gigi dan jangan lupa sabun badan.itu yang saya ingat.

ilmu kesihatan yang diajar sekarang menyentuh berkenaan perasaan,mengapa ada rasa sedih,amarah,kecewa,duka lara.gembira rasa bahagia rasa suka.apabila rasa amarah sangat akan berlaku pesengketaan tercetus pergaduhan dan yang terjadi rasa air mata mengalir sebab dah bergaduh bertumbuk dengan kawan-kawan.sakit akibat ditumbuk diterajang.

moralnya manusia perlu ada rasa hormat menghormati dan rasa kasih sayang sesama manusia.wah,memang bagus dengan sukatan ilmu kesihatan untuk murid-murid sekarang.kiranya rakan cilik saya ini telah mengetahui mengapa perlu ada segala perasaan tersebut.pokoknya bukan pokok sena,pokoknya ialah mengapa perlu ada perasaan?

Scream by JumpinJack. //  

hanya orang yang sakit jiwa atau mengalami masalah jiwa sahaja yang tidak ada perasaan sama seperti haiwan yang tidak ada perasaan.

bercerita tentang perasaan ini mengingatkan saya kepada bai-bait puisi yang dihasilkan oleh usop kopratasa untuk lagu fenomena dari kumpulan Search.KAU GENGGAM PERASAANKU BILA KAU HAMPIR KEPADAKU…

malahan lirik yang dihasilkan oleh usop ini merupakan karya agungnya.lahirnya kita sebagai manusia yang ada perasaan,ada hati diberi akal dan jiwa melahirkan perasaan.itulah jawapan yang diberikan untuk persoalan kenapa anda boleh ada perasaan di dalam buku kerja rakan cilik saya.

sayangnya ada manusia tidak memperdulikan tentang perasaan orang lain kerana mereka telah hilang rasa atau mereka itu saya golongkan sebagai manusia yang mempunyai masalah jiwa.apakah perasaan anda apabila orang yang anda tatang bagai minyak yang penuh rupa-rupanya tidak menaruh perasaan terhadap anda ia hanya berpura-pura memberi perasaan kepada anda disebabkan untuk menumpang sesuatu yang anda ada?anda akan rasa kecewa.

itu salah satu contohnya,perasaan ini banyak datang dari soal cinta.rasa dikhianati dan dijadikan sebagai boneka anda akan rasa kecewa dan sedih.itu datang dari perasaan dan dibawa juga oleh perasaan orang lain.dalam erti kata yang lain kehidupan kita seharian diselubungi dengan perasaan.tanpa perasaan apa yang kita rasakan?

itulah yang saya maksudkan,tanpa perasaan itu tandanya akal kita tiada otak kita mengalami kecacatan.itu namanya anda mengalami sakit jiwa.sakit jiwa anda itu telah menyebabkan anda membengkakan hati orang lain.

apa yang anda perasan di dalam gambar ini?apa yang telah berlaku jikalau anda ingin tahu sejauh mana perasaan anda terhadap paparan gambar ini?apa yang telah terjadi sebenarnya?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: