BuKaN PeNuLiS uPaHaN

January 29, 2010

AH,TAK KISAH LAH.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 5:17 pm

`kalau i cakap kat you jangan marah i tau`

`urmm..tak marah cakap jer`

`i segan lah tadi you cakap asalkan jangan bercampur dengan budak-budak motor budak ais`

`so..apa kena mengena dengan you pula`

`i nak rokok you`

`la,nak rokok cakap lah awat plak nak malunya takder hal`

`iskh tak sangka you nih hisap rokok iyer`

`taklah i tak hisap rokok sebenarnya,i hisap ganja jer`

`aikk..you hisap ganja tapi tak hisap rokok,so yang you minta kat i sekarang nih apa nya pulak ini bukan ganja ini rokok`

`iyelah dah takder ganja i minta lah rokok kat you,iskh you nih meh la sebatang`

dia muda lagi,cerdik orangnya tapi kurang bijak namun saya langsung tak menyalahkan dirinya walaupun hanya beberapa jam saya mengenalinya namun dia pada saya agak baik cuma masa dan waktu yang menjadikan dia terperangkap dengan hukuman dunia.hanya saya mampu katakan kepada dirinya semoga jangan terlalu memuja ganja saya tidak mahu melarang atau menegur supaya dia berhenti dengan sendiri.itu perkara mustahil.

saya hanya cuma melarang dia dari terjebak dengan bahan yang lebih syahdu dari ganja,jangan sesekali mencuba syabu ataupun ais.ganja kalau boleh cuba hentikan.dia sendiri tahu kemudaratan akibat lama menghisap ganja.malahan saya memberi contoh dengan diri saya sendiri yang pernah menghisap ganja secara tiba-tiba dan berhenti dari mengambil ganja juga dengan secara tiba-tiba.

`boleh ke you?`

boleh tak boleh saya menekankan kepada si gadis tersebut agar mengawal perasaan.ganja susah nak lupus apabila kita dikenakan ujian saringan kencing.saya menyatakan kepadanya mangapa secara tiba-tiba saya berhenti adalah kerana ingin menjaga maruah diri.saya tak ingin suatu hari kelak muka saya terpampang di akhbar-akhbar warna malaysia dengan kisah seorang ……di jabatan….telah didapati positif mengambil ganja.ya ampunn…padahal rokok pun sesekali baru saya bakarkan batangnya untuk nampak cool.

apabila saya memberi penekanan terhadap maruah diri si gadis tersebut nampak seperti akur,kini entah kemana dia menyepi dengan saya entah marah atau segan dengan pandangan yang saya beri.

 fasha-sandha-merokok by Syokkahwin.com. 

namun si gadis yang saya kenali itu tidaklah secantik seperti gadis di dalam gambar ini.

saya tidak menghina wanita atau gadis yang menghisap rokok ,saya tidak ciwi dengan wanita yang suka merokok.pengalaman saya bekerja di kelab pada usia remaja dahulu telah mengajar saya berkenaan perempuan yang suka merokok.malahan rakan setugas saya seorang wanita yang pada ketika itu sedang mengandung suka merokok melebihi sebelum dia mengandung.

beberapa orang teman wanita saya sebelum ini juga merupakan perokok yang anehnya mereka lebih banyak merokok dari saya.saya biarkan sahaja mereka merokok tegur-tegur begitu sahaja.rupa paras bukanlah hodoh sangat,malahan setanding dengan gadis gambar di atas.maksudnya wanita yang merokok ini bukan di kalangan wanita yang buruk atau tak cantik hanya tabiat mereka sahaja yang buruk.apabila saya sudah bosan dengan teman wanita saya yang suka merokok ini saya pun tinggalkan mereka.alasan yang saya ada amat kukuh iaitu mereka adalah perokok.saya telah menegur dan menasihat.saya langsung tidak membeli rokok atau menghulur rokok sebagai tanda sokongan.oleh itu mereka akur dengan salam perpisahan yang saya hulurkan.

mana mungkin nanti sewaktu mereka mengandungkan anak saya,tiba-tiba nanti keluar bayi yang dikandungkan rupa seperti rokok salem light atau marlboro light.tak ingin saya menanggung risiko tersebut.untuk seterusnya sehingga kini saya terus menjadikan teman wanita saya di kalangan perokok dan ia amat indah untuk diri saya kerana mudah untuk ditinggalkan.

gambar lucah Fasha Sanda hisap rokok

ah pada saya apa yang nak dikisahkan.tok nenek kita juga dulu kuat mencurut.ada juga yang membalut rokok daun maksud saya di kalangan nenek perempuan.kuat sungguh merokok,jadi apalah nak dikisahkan atau diterkejutkan jikalau minah yang mempunyai kelab pembenci di muka buku ini nak menghisap apa yang dia nak hisap.ah tak kisah lah kan apa yang dia nak hisap pun saya lebih suka jikalau mendapat wanita agak jelita seperti di dalam gambar ini jikalau menjadi teman wanita saya.

saya tidak akan mencari wanita yang tidak menghisap rokok,leceh susah nak ditinggalkan.tidak ada alasan yang kukuh.malahan wanita yang menghisap rokok ini adalah lebih jujur berbanding dengan wanita yang tidak menghisap rokok namun apa pun tafsirannya jikalau kepada sesetengah orang, wanita yang menghisap rokok ini seperti wanita jalang layaknya.itu hanya tafsiran tanpa dapat menterjemahkan maksud yang sebenarnya bahawa sekarang ini dah ramai jalang tidak lagi menghisap rokok.

ah,tak kisah lah.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: