BuKaN PeNuLiS uPaHaN

January 21, 2010

KASUT,BUKU DAN BRA.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 5:19 pm

kasut

bayangkan berkaki ayam tanpa berkasut jenuh kematu tapak kaki, buruk.pakej kasut sekarang pun dah tak macam dulu ia semakin murah di sebalik itu ada lagi potongan menjadikannya amat berbaloi untuk dipakai.kasut DR.CARDIN ini bersesuaian sekali dengan kaki aku yang lasak.sebagai pencinta kasut aku rembat sahaja tanpa banyak soal sementelahan lagi inilah sepasang kasut yang terakhir nasib baik saiz kena dengan kaki.faedah kasut ini ialah senang dijaga dan dicuci,tampak cool bila dipakai dengan sebarang jenis seluar.cuba bayangkan jikalau dipakai dengan seluar pendek hawaii t-shirt kolar masuk dalam seluar pakai topi pakai kasut nih dengan setokin separuh betis.lagi cool.kasut ini penuh dengan ciri keselamatan kerana ia dipakejkan sebagai kasut selamat tapaknya kalis minyak manakala di sudut penendang kasut ini dipasang dengan pelapik besi amat sedap untuk menyepak musuh ketat anda.

 buku

bersebelahan kedai kasut ada MPH.terasa tidak akan lengkap hidup jikalau tak menyinggah di kedai buku,entah kenapa pada malam tadi ramai gadis-gadis mariii yang datang berkunjung ke JJ.terlihat kelibat seorang gadis berbangsa cina yang tinggi lampai berseluar pendek ketat dengan hanya mengenakan baju bertali halus entah baju apa aku kurang arif.meninjau di galeri buku terlihat tiga buah buku yang judulnya menarik dari penulis yang bagus.soal membeli buku tidak harus dilengahkan ilmu itu harusnya dikorek dicari dijelajahi.malas membaca menelaah buku dan penulisan pengarang yang bagus kita akan menjadi bangang bertingkat-tingkat.ADAM KADIR dengan ISU,EKONOMI,POLITIK dan BUDAYA.telah dibaca beberapa bab.memang betul cakap Id beliau penulis yang bagus kecuali hal politik seperti membodek gayanya.lain-lain isu bagus beliau kupas dan rumuskan.MUSUH RAHSIA,MENYINGKAP KISAH DARI AL-QURAN,TAURAT DAN INJIL penulisnya Rosli Husin pengkaji tamadun timur tengah menarik juga berkenaan buku ini.ZAID IBRAHIM,DARI HATI YANG IKHLAS,kompilasi rencana,esei dan wawancara hebat dalam bidang perundangan dan politik namun liberal terhadap agamanya sendiri.walaupun begitu buah tangannya tetap bagus untuk dibaca.

bra.

oh sebab ini rupanya,patutlah ramai gadis-gadis pada malam tadi.ada jualan baikk punya.bra,penting untuk kehidupan wanita jikalau tidak mahu memakai atau malas nak memakai buahnya akan terlondeh.jenama bra juga penting bagi para wanita.bukan membeli asal rembat sahaja.jenama itu penting seperti jenama yang ada di dalam foto ini ada wanita yang tidak gemarkannya,ada yang lebih gemarkan jenama Audrey banyak juga yang gemarkan jenama pasar malam.oleh itu,jenama memainkan peranan yang penting untuk pembentukan buah selain faktor keturunan buah.memilih warna juga suatu hal yang bukan dipandang mudah atau main cincai.warna-warna yang disukai apabila ditinjau-tinjau ialah ungu gelap,meroon,merah,biru dan hitam.warna-warna ini yang selalu dipilih oleh ramai wanita terutama gadis.siapa yang nampak hah?apa yang aku sibuk sangat hah?warna mungkin akan memberi faktor ketenangan terhadap `sesebuah`warna juga memberi keyakinan terhadap si pemakai selain akan menarik si pelihat iaitu lelaki.siapa yang kisah?

suatu hari dengan suatu masa apabila ia ditinjau tiga perkara ini sudah cukup memberi pelbagai erti di dalam kehidupan.kasut untuk kita menapak dan berdiri tanpa kasut kita akan dianggap sebagai tidak bertamadun.buku, ilmu segala ilmu tanpa buku kita akan kekal sebagai si dungu dan si baghal dengan buku kita akan menjadikan bodoh kita semakin bijak dan cerdik.bra?bra mengajar lelaki agar menghargai buah dada wanita hadiahkan lah bra kepada wanita anda supaya mereka merasakan dihargai(sebahagian kempen pencegahan kanser payu dara).kekalkan kecantikan buah dada anda dengan memilih bra yang terbaik.siapa yang akan kisah?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: