BuKaN PeNuLiS uPaHaN

April 2, 2010

CINTA SI GARIT.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 11:17 am

anda tahu maksud garit?bahasa ini kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada gadis yang merenyam atau gatal nak menikah awal.selain gadis yang memang jenis gatal denganlelaki.

ada suatu kisah di negeri melayu tua,kisahnya seorang anak gadis yang berusia 15 tahun sanggup membuang si ibu demi mengikut teman lelaki juga bakal suami hadapannya.malang bagi si ibu,anak gadis yang dikatakan pintar telah membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan si lelaki walau apa yang terjadi.

wow,suci murni cinta mereka.inilah yang dikatakan kemurnian cinta kepala hotak!pada saya gadis yang bernama halimaton ini sejenis gadis yang sedang mengalami penyakit GARIT penyakit ini jikalau terkena pada poen gadis akan membawa suatu kecelakaan yang amat dahsyat.

ceritanya pada mulanya si ibu telah membuat satu laporan polis berhubung dengan kehilangan halimaton.tetapi rupa-rupanya si anak bukannya hilang sebaliknya ia melarikan diri ke pulau mahsuri untuk bersama-sama insan tersayang iaitu mohd noor abdullah yang berusia 19tahun.saya sempat menonton berita lewat tengah malam di RTM1 yang mana di dalam berita tersebut si bakal suami halimaton menyatakan dia langsung tidak membawa lari maton.maton yang rela mencarinya di Langkawi.keluarga si lelaki juga membalas dengan membuat laporan polis dengan disokong oleh maton.

usia si bakal lelaki juga masih muda iaitu 19tahun.si lelaki bukannya suka lagi menasihati maton supaya segera pulang ke pangkuan ibu tetapi lebih banyak mencucuk dengan sombongnya si lelaki memberi kenyataan kepada wartawan rtm bahawa dia langsung tidak membawa lari maton malahan katanya maton yang suka dengan mengikutinya lagipun mereka akan berkahwin.keluarga si lelaki juga memberi sokongan padu di dalam hal ini.bukannya nak meredakan keadaan.

si garit ini sebaliknya memberi syarat,jikalau ingin melihat dia pulang ke Baling setujukan sahaja pernikahan dia dengan mat noor.ceh,jikalau anda ada anak gadis sebegini saya sarankan anda merotan sahaja budak yang sebegini.

apa yang lebih menarik dek kerana kehilangan si garit ini telah membongkar cerita cinta haram jadah mereka.akan bahagiakah mereka?sedangkan artis yang bernikah bagaikan nak rakkkk pun bernikah 3,4 bulan bercerai inikan pula si garit ini.

nanti jika aton dah menikah aton akan selalu pulang ke Baling,urmm harammm!tengok jer lah nanti baling tuh hanya tinggal kenangan.apa yang memelikkan keluarga si lelaki juga bangang serta tolol,si budak lelaki itu dah lah tolol ini campur dengan si keluarga 2 kali tolol.

apa nasihat yang seharusnya diberikan?saya malas nak beri nasihat.saya enggan punya anak perempuan disebabkan faktor inilah.jikalau saya ada anak gadis dan perkara ini terjadi ke atas diri saya pasti saya akan kecewa teramat sangat.apa yang istimewanya semenjak saya bersekolah lagi saya telah berangan jikalau saya sudah mempunyai isteri saya akan elak dari mendapat anak perempuan.alhamdulillah saya berjaya dengan tips yang saya peroleh dari doktor sakit tuan.

gadis,kedegilan mereka itu lebih dahsyat dari kebebalan seekor keldai.

March 28, 2010

SESI MAKAN YANG TERSEDAK.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 11:47 am

datang jer hari ahad mesti rasa bosan,selalunya bosan sebab nak makan apa bila tengahari nanti.untuk ahad kali ini jalan-jalan cari makan dah selamatkan dilema aku.hah,JJCM ada promosikan satu restoran di kawasan bandar sunway jalan PJS8/5 antah betul ka idak nih aku pun tak pasti sebab aku tak hafal sangat nama jalan dia nih.tapi kalau di manakah terletaknya tempat ini aku memang tahu sangat serta jalannya pun memang aku arip sangat.

inilah dia restoran yang aku maksudkan namanya restrees kopitiam.maklumat asal aku dapat dari program jalan jalan cari makan tengahari tadi so bila aku tengok leh tahan juga hidangan dan harga menunya aku pun apa lagi,yepa yepa andre andre lah…menuju ke puncak.kalau kamu berada di kawasan klang nak datang sini senang jer ikut lah federal highway sehinggalah nak sampai ke jambatan sunway tuh belok kanan pastuh buat u turn kat trafic light kemudian masuk kat kawasan pjs8/5 bandar sunway kat area sunway mentari tuh.hah sesapa yang pernah tinggal kat situ mesti tahu.

kalau korang datang dari ipoh atau dari bachok kelantan korang nak ke sini korang col aku dulu aku tolong bawakan,kalau korang datang dari arah kampung baru kl korang pun col aku juga  aku leh tolong bawakan tapi kalau korang datang dari wat d hellll mampus lah korang p sendiri.makan hati jer lah korang gamak susah sangat korang order jer McD mentekedarah kat umah sewa.

hah mak oiii inilah menu restrees,beratnya menu nih diperbuat dari kayu jati ke pew?tapi kan kalau korang atau uoalss gi ke tempat nih kan,suasananya memang dihiasi dengan perabot kayu.hah meja makan dan kerusinya(kerusi panjang)diperbuat dari kayu.dari luar restoran nih nampak besar dengan binaan kayunya.aku tak nak ambil gambar lah segan nanti diaorang dok ngusar-ngushar aku sapa lak mamat nih dok mengambarkan semua orang dalam restoran nih.korang datang sendiri kat situ ambil lah gambar restoran tuh sebagai kenangan.

urm,inilah air di restrees.ais lemon tea dan ais bandung.leh tahan rasanya harganya pun tak lah mahal macam kat rahsia resepi.mokalo p minum kat rahsia resepi atau kat kedai kopi pak buck mau segelas rm12 hengget nih.kat sini harganya segelas hanya RM3.50 murah jer.aku heran ar bebudak yang suka lepak meminum kat rahsia resepi dengan kedai kopi pak buck tuh tak rasa mengarut ke dengan harganya,ala setakat nak nampak mewah dan glamer takyah lah kalau selalu dok makan hati tak guna gaks kanss..?

ok,layanan di sini memuaskan walaupun lambat tapi agak cepat juga dari p makan kat kedai tomyam yang lain-lain.aku order car kotew,jam dah menunjukkan pukul 2.30 malas dah la nak makan nasi lagipun aku jemu lah asyik makan nasi jer lain benda takder ke?korang tak jemu ke?hah,kalau boleh lah kan lau dapat makan makanan eskimo best gak kan?sapalah yang cuba-cuba nak buka restoran eskimo kat sini nanti kan?

inilah hidangan car kotew aku sampai dulu lah,so perut aku lapar aku bedal dulu lah mama mia dengan the gang pandang jer lah.harganya taklah mahal sangat cuma RM8.50 tapi kalau dibandingkan dengan carkotew pak din kat aloq stuck mahal lagi lah kat restrees nih muahahaha…oklah rasanya sedap gak lah sedap lagi dari makan hati.

hah,ini chicken chop kat restrees memang best lembut jer dengan kuah hitam berladanya.dia punya wedges pun best lah coslow dia pun best gak.leh la kalau korang suka mentekedarah chicken chop ini aku cadangkan.tapi kalau korang nak menu hati masak kuah hitam takder kat sini,lau rasa nak makan hati korang cuba kat ipoh mungkin ada kat sana.

hah kalau korang nak tahu di restrees nih menu ubi kayu inilah yang menjadi keistimewaannya selain menu popiah.tapi aku tak sempat nak makan popiah sebab budak otomen buat hal.memang potong betoiii aku dengan budak otomen tuh,tersedak mentekedarah dengan budak nih.sebab tuh lah aku kadang-kadang bengkak jer nak bawa dia kuar makan tempat best-best.dok tak dok satgi kita dok sedap makan tiba-tiba dengar budak menjerit kalau dia tak menjerit orang yang makan kat situ yang menjerit lari sebab dia suka buat tembakan otromen.ok,menu ubi kayu kat sini harganya cuma RM6.50 jer tapi aku rasa macam tak empok jer,anyway leh la setakat nak lepas gian.dulu waktu zaman jepun dulu sapa pun tak layan ubi nih kena layan sebab terpakse jerk.sekarang nih susah-susah p cari ubi kayu nak makan.ajaibnya…

ada dua lagi menu aku tak sempat nak citer sebabnya…

huh betul budak nih,dok tengah sonok makan,mamamia pun tak sempat nak menjamah bubur nasi restrees dek kerana banyak sangat dia buat aksi-aksi otromen so dia pun terjatuh bibir berdarah dengan banyaknya sampai aku pun bebal dan membebel akhirnya segala stim kat restrees hilang dan blah jer dari situ.tapi aku cadangkan lah pada korang restoran nih memang sesuai lah untuk sekeluarga kalau nak datang dengan skandal pun sesuai juga nih amat sesuai.so korang trylah makan kat sini iyer.

March 26, 2010

APABILA AKU RINDU,AKU BERDIRI.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 2:39 pm

dia masih tidak melepaskan rindunya itu terhadap kekasih lamanya.

saya hanya mampu menasihatinya agar jangan berangan seorang diri,sehingga

meletakkan setiap kenangan lama di dalam blognya.untuk apa dia menjadi perindu sepi

dia bukan si burung pungguk dia juga bukan bulan yang bisa jatuh ke dada pungguk.

namun dia enggan mendengar nasihat saya,suka juga dia terus berdiri dan berterusan merindui

bekas kekasihnya yang sialan itu.lantas dia marah pada saya mengapa mendarjatkan sialan

terhadap bekas kekasihnya.saya hanya ingin dia bergembira semula seperti sediakala.

jikalau dia masih enggan apakan daya saya.jika sayalah,lebih molek saya merindui ainun si vass yang malatop!

malatop ke dia?

March 23, 2010

NENEKKU YANG JELITA.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 2:07 pm

anda kenal tak dengan pelakon Raquel Welch?

hah ini dia raquel welch,pelakon terkenal dari Hollywood.ini merupakan foto terbaru dari beliau.usianya sekarang genap 70 tahun.nenekku yang tersangat jelita.saya ingatlah jikalau pelakon Hollywood ini terseliuh kaki atau lenguh-lenguh badan datang berurut ke sini dengan tukang urut pak long sahak,macam manakah reaksi pak long sahak?

confirm pak long sahak akan entot-entot sehingga melunyai Raquel Welch nih,bukan kata pak long sahak jikalau saya mau menyembah lutut nenek jelita nih minta dijadikan sebagai anak ikannya.hah kalau tak jadi anak ikan jadi cucu angkat pun dah kira ok.

satu berita dari kota bharu,seorang nenek yang berusia 65 tahun dan juga mengalami penyakit angin ahmar telah dirogol oleh seorang tukang urut yang berusia 45 tahun.kejammnya atau sangapnya,namun saya percaya nenek tersebut mesti masih bergetah seperti Raquel Welch.jikalau tidak mengapa pula si bomoh itu sanggup nak merogol si nenek yang berusia 65 tahun.di malaysia ini usia emas diisytiharkan pada lingkungan 50 tahun ke atas,turrr!

disebabkan itulah ramai di kalangan kita yang telah menjangkau usia 50 tahun rasa rendah diri dengan kemampuan kebatinan dan zahir masing-masing.dianggap veteran tua dah berusia emas.lembik dan kerepot.tidak pada bomoh tukang urut,si tukang urut memang bijak menghargai usia.padanya 65 tahun masih bergetah dan getah yang ada pada tubuh si nenek haruslah ditoreh dan dihirup susunya walaupun agak masam-masam sikit.

namun si tukang urut pada saya tetap kejam kerana si nenek mempunyai penyakit angin ahmar.pilih-pilihlah kalau nak rogol pun lembu dengan kambing banyak boleh dirogol jangan lah nak rogol nenek pula.

SEKOLAH TALI KABEL.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 4:10 am

bagaimana anda ke sekolah suatu ketika dahulu?bas,basikal,kereta,berjalan kaki dan lain-lain lagi kan?

bagi daisy mora yang berumur 9 tahun cara-cara dia ke sekolah amat berlainan dan saya rasa mungkin inilah satu-satunya cara yang paling unik dan juga merbahaya.namun bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.dah mangli kata orang utara.ini lah yang ditunjukkan oleh si daisy mora begitu gigih dan sanggup pula menumpangkan adiknya Jamid di dalam guni bersama-sama menyeberangi lembah Rio Negro dengan meluncuri kabel.

Daisy Mora

gadis yang anda lihat di dalam gambar tersebut ialah daisy mora,anak gadis ini tidak mempunyai akaun facebook.kalau ada,dah lama saya akan tambah sebagai rakan.saya akan berbual bagaimana dia begitu berani menyeberangi lembah dengan menggunakan wayar kabel dah tu pula sanggup menumpangkan adiknya di dalam guni.di dalam guni tuh ada adiknya Jamid yang berusia 5 tahun.

peluncuran yang selaju 40 kilometer sejam itu sudah menjadi kebiasaan kepada para penduduk kampung di lembah rio negro ini.apatah lagi inilah satu-satunya alternatif yang ada untuk mereka berulang- alik ke pekan.menurut sumber,semenjak tahun 1804 lagi penggunaan kabel ini telah digunakan yang mana untuk permulaan dahulu kabel tali jut menjadi perhubungan antara dunia luar.namun setelah kawasan lembah kampung tersebut diterokai oleh para pembalak penggunaan wayar besi keluli yang lebih lasak digunakan.

People crossing above Rio Negro

inilah suatu penggembaraan yang amat menakjubkan,bayangkan lah jikalau anda berada di seberang lembah pada malam hari dah kehabisan rokok,sanggupkah nak seberang membeli rokok?hehe…sapa yang sanggup?kalau nak terberanak macam mana pula?urm…unik kan?

sumber berita dari dailymail.co.uk manakala gambar diambil dari koleksi jurugambar christoph otto.

March 22, 2010

BIAR PUTIH TULANG.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 11:33 am

ini merupakan kali ketiga saya berkunjung ke pesta buku antarabangsa kuala lumpur untuk tahun 2010.rasa tak lengkap untuk aktiviti tahunan jikalau tak dapat berkunjung ke sana.

apatah lagi untuk kali pertama saya dapat pergi bersama teman lama,teman di zaman persekolahan menengah rendah dahulu.kami berjumpa di ruangan muka buku.pada mulanya dia tidak ingat dengan saya,maklumlah saya di zaman persekolahan tidak nakal.kata budak-budak sekarang skema jer.saya bukan penjual atau pengedar video tape lucah jadi saya tidak dikenali.

ezwan namanya,dulu-dulu dia sering menjadi bahan usikan saya kerana sifat lemah gemalainya hehehe,tapi sesekali dia buka penumbuk sulung,mak oiii adoii!hah,rasakan.apabila saya menyatakan pada suatu ketika dahulu saya pernah meminjam kaset fransisca peters KAU LILIN CINTAKU dan kaset sheila majid WARNA ingatannya terhadap saya kembali segar.muzik itu segar kan?

lihatlah kawan-kawan,aku dan ezwan.single lagi kawan aku nih kami bergambar semasa ambil rehat di PWTC selepas minum-minum.

hari Ahad,21 Mac pengunjung taklah seramai yang disangkakan mungkin diaorang belum gaji kan?iyelah nama jer pesta buku setiap tahun buku-buku yang dijual bukanlah murah mana pun.lagipun saya melihatkan perkembangan industri buku di negara kita ini tak sepesat dan semaju Indonesia.dahlah muzik indon pun belambak di sini amah diaorang pun ramai di sini tapi nak salahkan siapa kan?bukan salah suami ada girlfriends.

buku pertama yang dibeli sekali tengok terus jatuh cinta apatah lagi buku yang diimport terus dari Indonesia ini sangat berkualiti apabila dibelek-belek isi kandungannya.lengkap dengan perjalanan sejarah dan gambar-gambar menarik sejarah perang salib.terbitan almahra PT indonesia dan hasil karya sami bin abdullah al-maghluts.harganya agak mahal rm150 setelah ditawar menawar.alasannya,entahlah pula iya kerajaan mengenakan duti import untuk setiap helaian demi helaian.kalau buku copyright takpe takder cukai.berkenaan dengan sejarah lengkap perang salib ini memang susah untuk didapati dalam naskah bahasa melayu.apa lagi setelah diteliti isi yang menarik dan kandungannya yang lengkap berbaloi untuk saya mendapatkan naskah ini.boleh didapati apabila anda berkunjung di gerai al-hidayah yang terkenal dengan pengedaran buku-buku berbentuk sejarah keislaman,rata-rata diimport dari Indonesia.

gerai yang wajib saya kunjungi pada setiap kali pesta buku sudah tentulah di gerai ameem serve sebabnya di situ ada karya novelis hebat seperti faisal tehrani dan azizi haji abdullah.

ini karya terbaru abang busana gelaran saya kepadanya,Bahlut karya terbaru faisal tehrani.novel remaja yang berkisarkan remaja orang asli dari suku semai antara kisah cinta,perjuangan mempertahankan tanah orang asli serta kegigihannya sebagai seorang atlit orang asli di kota.belum dibaca namun telah menelaah ulasan serta sinopsisnya memang menarik.karya-karya faisal tehrani tidak menghampakan bagi pembaca novel semacam saya.namun karya sebegini tidak digemari oleh pembaca remaja di kalangan gadis kerana mereka lebih suka dengan karya-karya pop berkisarkan khayalan memanjang.entahlah..

ini pula novel yang diangkat dari cerpen “BERUK”yang mana pernah tersiar di majalah dewan bahasa dan pustaka di tahun 70an.penulisnya bernama azizi haji abdullah kepada pelajar sastera nama azizi memang tidak asing lagi kepada pemalas membaca serta bukan peminat sastera juga orang yang tak tahu dunia buku nama beliau memang asing.karyanya yang popular dan menjadi teks sekolah di tingkatan 4 dahulu ialah seorang tua di kaki gunung.manakala novel beruk ini pula juga pernah menjadi teks untuk pelajar SPM di tahun 70an dahulu.dari cerpen dinovelkan,saya begitu menggemari karya-karya azizi anak murid kepada shahnon ahmad.serba sedikit berkenaan beruk ini melalui sinopsisnya Alias yang masih bersekolah ada membela beruk.penjual buku ameem menyatakan hebat citer nih agak sedih akhirnya beruk alias dibunuh sendiri oleh alias.urm..saya sendiri ada citer tentang beruk menurut versi saya.nanti akan dientrikan.

pada tahun sebelum ini aya tak perasan dengan suatu penerbitan ini,MAPIM iaitu majlis penerbitan imiah malaysia.inilah satu-satunya gerai yang menarik hati saya.jikalau sebelum ini saya tertarik dengan gerai Institut terjemahan negara namun untuk kunjungan yang kali ini saya tidak berkesempatan melawatnya.gerai MAPIM lah yang menjadi penawar hati.di gerai MAPIM inilah saya dapat memiliki naskah wajib untuk pesta buku kali ini.Natrah 1937-2009 cinta rusuhan airmata.hasil tulisan datin fatini yaacob.memang benar kata-kata ezwan naskah ini mengimbau kenangan kami ketika di alam persekolahan menengah rendah dahulu kerana fatini yaacob pernah menulis siri berkenaan natrah di dalam dewan masyarakat.naskah ini terbitan UTM.

galeri MAPIM ini sebenarnya menghimpunkan terbitan-terbitan buku-buku berbentuk ilmiah dari pelbagai institut pengajian tinggi di Malaysia.anda boleh mencari naskah-naskah ekonomi,sains,sosial,undang-undang,kemasyarakatan,kejuruteraan,matematik,perubatan,kesusasteraan dan pelbagai lagi apabila berkunjung di gerai MAPIM.rasa-rasanya saya akan berkunjung semula ke gerai ini sebelum penutup pesta buku.tak puas,kerana ada naskah yang tertinggal untuk koleksi perpustakaan kecil saya.

anda masih ingat lagi dengan majalah Gila-Gila,majalah ini diterbitkan dan diedarkan oleh penerbitan creative.salut untuk creative enterprise.namun atau mungkin juga sewaktu kunjungan saya pada hari ahad yang lalu gerai creative tidak menjemput para kartunis sohornya seperti pesta buku sebelum ini,gerai creative menjemput jaafar taib untuk melukis di atas kain kanvasnya.pada kali ini tidak nampak kelibat kartunis mereka.setiap tahun creative enterprise membuka gerainya di pesta buku.banyak buku-buku nostalgia dan klasik di sini sayangnya tidak disusun secara baik dibiar berlonggok sehingga sukar untuk mengelasnya.

naskah yang dicari-cari di celahan longgokan,karya dalam siri majalah gila-gila suatu ketika dahulu.waktu tahun 80an dan awal 90an.penulisnya mempunyai dua nama pena iaitu akula md selain matt romeo.kepada sesiapa yang meminati novel humor cinta dan pernah membaca novel kandang cinta kita,keranamu ainon,anak dara menteri 1,anak dara menteri 2 dan anak menteri 3 pasti mengenali matt romeo.kini,dia dah hilang entah kemana?

novel klasik dari penulis agung dan wartawan genius tan sri samad ismail.ini merupakan sebahagian dari novel klasik beliau.novel ini juga dijual dengan harga hanya rm2 namun terlonggok di timbunan buku-buku.sukar nak kelaskannya.

selama 3 tahun berturut-turut dan sejak sekian lama saya mencari naskah ini,mungkin kerana rezeki saya agaknya apabila ezwan ingin tawaf buat kali kedua di gerai yang lain-lain saya turut serta.mata terpana pada sebuah buku yang memang dah lama sangat saya cari-cari termasuk memesan pada seorang kawan di UM namun tetap gagal.akhirnya..

buku biar putih tulang himpunan rencana dari kunta kinte ataupun penulisnya yang sebenar ialah dato a.kadir jasin juga seorang wartawan.seingat saya kolum kunta kinte ini popular pada tahun 87 sehingga tahun 95.saya begitu menggemari gaya penulisan kadir jasin sewaktu beliau bersama dengan akhbar berita harian.memiliki buku ini amat berbaloi bagi seorang penulis seperti saya yang meminati bidang penulisan serta kepengarangan.pada hakikatnya saya meminati penulisan yang berbentuk rencana serta ilmiah sayangnya rencana-rencana yang pernah saya koleksikan suatu ketika dahulu telah hilang entah kemana?banyak himpunan rencana dari penulis-penulis akademik dalam berita harian saya berjaya himpunkan menjadi suatu buku.sayang ia hilang begitu sahaja,biar puitih tulang saya ketemui di gerai penerbitan UM itupun hanya senaskah sahaja yang ada.biar putih tulang ini uniknya terus di ambil dari pengarangnya kadir jasin.menurut mamak gerai UM ini tiada siapa yang tahu berkenaan buku ini.

memiliki dan menjumpai biar putih tulang ibarat baru bertemu dengan kekasih lama yang telah sekian lama terpisah.seronok sungguh.

setiap kali pada kunjungan pesta buku saya akan bertemu dan mendapat teman baru di gerai milenia muslim mmp communications saya mendapat seorang teman penulis yang bagus dan berfikiran kritis beliau ialah faizal riduan.panjang benar perbualan kami dan terima kasih dengan saluran maklumat yang telah anda berikan.

March 21, 2010

EH,ADA VITAMIN B1 RUPANYA?

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 3:33 pm

tak sangka saya setelah saya membelek-belek,menyelak-nyelak helaian demi helain akhbar the star saya tertakjub dengan satu iklan ini,

apa yang antibiotic free dengan Pearl pork nih?peliknya,iyaka?

aik nih lagi best,rendah kolestrol,rendah lemak dan yang paling best tuh

kaya dengan vitamin B1 walaweyyyyyyy!sungguh menakjubkan.setahu aku lah para saintis serta pakar pemakanan pun dah berjela menerangkan bahayanya daging babi nih.cacingnya tak mampus walau direbus.urm…

mungkin cacing dia tuh kot yang kaya dengan vitamin B1 kot?entahlah

terbaik dari ladang kot macam kat bawah nih,

terbaik dari ladang organik,edisi terhad.

March 12, 2010

JANGAN BAWA DAKU BERSAMAMU.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 3:27 pm

sewaktu saya kecil ibu saya suka nyanyikan lagu dalam klip video di atas.nyanyian seniwati azean irdawaty.tabah kak azean nih atau mama azean.mengharungi penyakit kansernya,banyak kos rawatan yang perlu beliau tanggung namun hasil duit dari lakonan masih belum mencukupi bagi rawatan kanser ini.

apa yang saya ketahui kak azean telah pulih dari kanser walau bagaimanapun kanser itu dikatakan merebak semula.sepupu kak azean yang saya kenali juga telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.saya hanya memanggil cikgu yan,arwah cikgu yan mengenali ibu saya kerana suatu ketika dahulu dia sering mengambil kuih tempahan ibu.

entah mengapa tiba-tiba saya teringatkan kak azean apabila melayari youtube dan menonton lagu bawalah daku bersamamu.kak azean mempunyai seorang anak lelaki yang berbakat dalam lakonan iaitu benji.lama dah tak dengar cerita tentang benji.benji juga mempunyai bakat lakonan yang hebat sepertimana ibunya.berikan lah watak apapun semua boleh dijiwai.

di mana benji sekarang iya?apa sahaja yang benji lakukan segalanya mungkin masih boleh diselamatkan atau sudah terlambat.entahlah,saya hanya terfikir perkara ini secara tiba-tiba.

March 10, 2010

SAYANG,PARKING BAIK-BAIK YE..

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 5:54 pm

aduan rakyat di tivi 3 suku malam tadi ada melaporkan berkenaan gejala para pengguna haram jadah yang suka parking kereta sesuka mak bapak tonek tongkang diaorang.SEBELUM ITU INI BUKAN ENTRI ANTI BANGSA,kerana yang banyak terlibat dalam soal ini adalah terdiri dari kaum cina.fakta!

kejadian berlaku di bandar baru klang,kalau sesiapa yang pernah datang ke klang atau menetap di klang tahulah korang macam mana orang-orang di sini sesuka hati meletakkan kenderaan mereka.lokasi yang selalu terjadi ialah di pusat-pusat perniagaan.samada di bandar bukit tinggi klang mahupun di kawasan bukit raja berhampiran dengan JJ bukit raja.

parking untuk kenderaan cacat dibalunnya sesuka mak bapak tongkang diaorang letak kereta mewah mahupun kereta bodoh diaorang.tanpa rasa bersalah tanpa rasa kasihan dengan pengguna yang lain janji hati puas pentingkan diri namanya tuh.aku sendiri pernah terkena,lokasinya di bandar baru klang malahan bukan sekali tetapi beberapa kali.mujurnya aku nih jenis yang mempunyai tahap kesabaran yang tertinggi sebab itulah dalam soal kasih sayang serta percintaan aku sering dipermainkan seperti barang boneka.

hah tu diaa…gambar nih dah lama tahun lepas punya nih.bulan bila aku dah tak ingat.aku snap pakai handfone mahal aku yang limited dalam Malaysia ada sejuta unit jer.kereta aku yang berwarna merah tuh ferari kaler merah tuh,sayangnya kereta ferari tuh aku dah jual sebab aku tukar pakai porsche cayene.nampak macam kete kancil sebenarnya kalau tengggoookkk dengan baek kete ferari tuh.haram jadah kete wira sekor mamat cina dah buat halangan kat situ.

aku bayar parking tau taruh duit dalam mesin dapat tiket pamer kat cermin dashboard.kat situ ada satu kedai kopi nama pak ali(sekarang dah berpindah lokasi)kat kedai kopi pak ali tuh la mula-mula aku bawa baby aku mak ona minum coklat ais.last-last dia tinggal aku sebab ikut orang miskin dari aku.ada aku kisah?memang aku kisah sampai sekarang.

sejam aku tertonggok tunggu kat situ aku ponn ponn ponnn abang kasim tak keluar,keluar.at last satu mamat cina datang dengan muka haram jadah,

“soli”hah simple kan ayat dia.bagus kan…

aku dah siap ambil gambar kete dia semua catat no dia,kalau aku bukan seorang yang penyabar dah lama aku sekrang nih ada dalam penjara sungai buloh.kes….simpang,simpang 44.aku juga malas lah nak pakai kuasa yang aku ada iaitu panggil datang opis saman.kalau waktu zaman jiwa aku bergelora macam 10 tahun lalu mamat cina tuh dah kena saman kat situ juga dengan aku.apa korang pikir kejam tak aku kalau aku saman dia serta merta,hah!

inilah sikap buruk para pengguna di daerah klang terutama di kalangan orang-orang cina.melayu dengan hindu ada juga yang perangai sial macam nih tapi tak seramai diaorang.kalau korang tengok malam tadi kat tivi 3 aduan rakyat,si minah cina tuh siap sound karam singh walia lagi.dia cakap dia punya suka lah nak letak mana dia bayar duit dia.amboiii…tengok tak haram jadah ka lagu tuh!

sebenarnya soal parking nih bukan sahaja kat klang malahan semua tempat terjadi,kes berebut parking pun best juga.aku juga yang kena,beberapa tahun dulu time tuh gelora jiwa aku tiba-tiba tengah hot sebab baby aku kencing aku.aku nak masuk parking kat tesco bukit tinggi,dah elok aku kona nak lipat masuk tiba-tiba ada satu van zupp buat kona maut terus parking kat tempat yang sepatutnya aku parking.apek cina,hah dia bagus punya buat muka selamba dengan bini dia terus jalan masuk tesco.aku dah nak ligan dengan kayu buluh semambu aku dah,ina sempat tahan.kalau tidak patah riuk dah apek tuh.

iskhh…banyak lagi lah kes parking nih yang berlaku kat aku dan teman-teman aku pun ada juga cerita.ada satu kes hakim dengan majistret pun bergaduh sebab parking,si majistret tuh tak tahu tempat dia parking tuh si hakim yang punya.siap bertekak lagi,WHO ARE YOU,WHO ARE YOU?hah last sekali kena dia rupanya bakal bos baru dia hakim besar malaya.puhhh!!!

tapi kan bab parking marking nih kan,aku salut lah kat golongan wanita,baik gadis mahupun perempuan.diaorang kan memang terer parking kete.hah handal lah,kalau time tengah malam kan kalau dia orang parking malam-malam pekat pun tanpa buka lampu senang jer diaorang masuk parking,kona tak patah lak tuh.steady jer masuk,tuh yang buat abang sayang tuh sebab sayang pandai parking sedap sayang parking.so,sayang parking baik-baik ye..

MENCARI GANJARAN.

Filed under: Uncategorized — amzainol @ 5:17 pm

lain yang nak dicari lain pula yang diketemui,itulah yang terjadi apabila AADK Negeri Sembilan menyerbu di salah sebuah rumah kediaman di Paroi.

bukan ganja yang dijumpai sebaliknya seorang kanak-kanak berusia 5 tahun sedang terbaring koma selama 7 bulan.pada mulanya pihak berkuasa ingin menjejaki suspek di rumah tersebut yang kononnya disyaki menjadi pengedar ganja di kawasan Paroi sejak sekian lama.

Buletin Utama malam tadi melaporkan semasa kejadian suspek tiada di rumah yang ada hanya si isteri bersama anak-anaknya termasuk seorang kanak-kanak yang koma akibat mengalami kemalangan beberapa bulan yang lalu.keadaan sayu pilu pula yang aku tengok,si ibu menangis menceritakan betapa kesusahan mereka yang harus menyediakan perbelanjaan sebanyak RM500 setiap bulan.ini sebagai rawatan dan segala keperluan ubatan yang diperlukan.kaki kanak-kanak tersebut semakin membengkak selain matanya yang celik tetapi buta.

ganja yang dicari ganjaran lain yang dapat sewaktu artikel ini ditulis aku belum dapat sebarang laporan dari akhbar-akhbar tempatan berkenaan cerita ini.kemungkinan desakan hidup dek akibat keperluan penjagaan yang tinggi setiap bulan membuatkan si bapa melakukan kerja pengedaran tersebut.samada suspek telah melakukan pengedaran tersebut sebelum anaknya terlantar koma belum lagi mendapat maklumat sahih.

apapun simpati tetap menjelma dibenak,jikalau perkara tersebut terjadi ke atas diri kita bagaimana pula?

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.